Friday 7 June 2013

winter break!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah,lepas satu level, Monday ni masuk ke level seterusnya.Tiba-tiba terkenang pula winter break hari tu.Before that,Alhamdulillah Turki dalam keadaan yang aman dan selamat,Macam biasa, Media massa yang dikuasai oleh musuh-musuh,Susahnya nk khabar perkara yang baik.Dah nama musuh kan?Memang akan sengaja cari peluang untuk porak perandakanpihak lawannya tambah-tambah Turki kini dalam proses pembangunan.Mohon doa untuk pimpinan yang memikul syahadatul hak.By the way,Protest kini masih sikit-sikit kedengaran,Seperti tepat sahaja pukul 9 malam, dari rumah tuan protest mereka akan ketuk kuali atau sebagainya (saya cadangkan untuk ketuk kepala , supaya dapat pikir lebih dan jauh banyak )

Memaki hamun pemimpin nya, apa yang kau buat sayang? Kata  nak pertahankan  bumi yang hijau, kini sapa yang  silap?

Ambil angin selepas sehari terpaksa berkurung akibat laluan yang kerap kali tetiba ditutup

'AKP Parti,kamu akan kalah' , ait? Kata ini protest mempertahankan bumi yang hijau. Kenapa parti segala bagai  yang ditulis, saya tak nampak lagi 'tulis kreatif' yang menulis ttg mempertahankan bumi yang hijau. Dah lah, buka mata sayang!  Merantau lah, lihatlah negara orang lain, kamu terlalu beruntung masyarakat Turki. Cukuplah sebernanya untuk kamu baca sejarah kamu yang gemilang itu, Tapi jangan setakat bangga, contohi dan kembalilah!

Okeyh setakat itu sahaja luahan perasaan tentang protest kali ini,
Kini,
Mesir yg dirindui,

Tiket ini telah menyebabkan saya terpaksa fly sorg2,
Alhamdulillah juga terserempak dengan pakcik turki yg baik hati dan peramah,
Setibanya di Mesir,
mengharungi bandar kaherah,
'Along mesir baru lepas perang ke?'
Mahu tak ketawa satu kereta
Tak heranlah kalau ramai student2 Mesir yg datang melawat Turki tempoh hari sudah meniggalkan pesanan
'You have to expect the worst when you come to Mesir'
Now I got it ^_^
Mahu terbeliak mata juga
Moga Allah mudahkan juga pimpinan di sana untuk memperbaiki keadaan di sana
Allah yardımcı olsun
dan moga Allah mudahkan urusan Dr. Morsi

Okeyh satu perkara yang saya jelous dengan budak ini adalah
beliau mempunyai katil.almari dan meja study yang besar2 belaka.
Manakala katil saya dirumah adalah katil hasil daripada transformasi sofa
Here we called it çekyat

Tempat pertama yang dikunjungi adalah mafrad yani pesta buku
serious, buku-buku di sini agak murah
ye
barang-barang di Mesir banyak yang murah
datang Mesir dengan satu hand luggage yang mungkin beratnya hanya 10 kg
tapi pulang dengan total luggage yg ~60kg
nak tahu rahsia?
kena datang Mesir ^_^


Agak teruja kerana dapat berjumpa dengan beliau di  sini

Melawat sekitar-sekitar universiti along
Sekitar fakulti keadaanya agak bersih
Tetapi serious
Mesir sangat cantik sebernanya
sekiranya....
Masyarakatnya mahukan perubahan

Area-area tempat tinggal along
Serious sekali lagi
Mesir ni sangat fotogenik kan?
Semua yang masuk gambar,
semuanya nampak indah2 belaka.
Btw,
Seharian di sini selalu saja berkepit dengan along,
Terasa lelah kepenatan juga dek kerana baru hendak menyesuaikan dengan 'udara' yang sangat baru bagi saya di tambah pula dengan badan yang banyak terseliuh urat akibat sengaja cari pasal di puncak gunung salji beberapa hari sebelum ke Mesir.
Tetapi melihat along kehulu ke hilir di tambah dengan mengendung si mujahid di dalam perut yg bakal soleh musleh dan hensem, di riak wajah nya sikit pun tidak kelihatan penat.
Along, makan pil apa ha?
Bangun pagi yang sangat pagi, tidur malam yang sangat malam..
Kesian tengok beliau yang terpaksa uruskan urusan journey saya dan beberapa lagi ahli keluarga yang akan datang..

saya dah tidak ingat namanya apa
tapi boleh tahan
di Mesir ni banyak makan sedap-sedap rupanya
untung mereka yang tinggal di sini
tak payah risau dan rindu ttg makanan
bagi yang susah untuk naikkan berat badan
anda hanya perlu datang ke Mesir ^_^
dan bagi yang hendak berdiet anda boleh datang ke Turki
Peace no war

Ni namanya spegeti bagi siapa yang keliru
Sebernanya nk tayang gambar mee spegeti tuna along
tapi tak jumpe
Yang penting,
nak habaq yang saya sedang rindu Mesir *_*

Ni pun sedap
Ada budak kecik belanja
dan tak sabar nk jumpa budak kecik itu lagi

Ini yang saya hendak tegaskan bahawa anda tidak perlu khuatir soal makanan di sini

Ini budak kecik itu
R.I.N.D.U

Akhirnya tunggu dan tunggu tiba juga parents yang di sayangi
dan pada hari yang sama juga parents in law along datang
yani abah,ibu dan kinah

Sekali saya tegaskan bahawa anda tidak perlu bimbang soal makanan di sini
Lek punya kegemaran,
berulangkan lek menyampaikan hajatnya ke along untuk makan nasi arab
sangat comel ^_^

Perjalanan ke menuju ke gunung sinai
Perjalanan yang sepatutnya memakan masa hanya 4 jam menjadi ~12 jam dek kerana terpaksa  mengikut jalan jauh dan juga kerana sekatan keselamatan oleh polis untuk  menjauhi dari bahaya arab badawi

Sebelum tiba ke kawasan gunung Sinai,
sempat singgah ke beberapa buah tempat
contohnya yang ini adalah kubu pertahanan Israel  pada masa dahulu di waktu berlakunya perang Mesir -  Israel

Di waktu Mesir kembali gemilang, di harapnya  ada rezeki untuk berkunjung ke sana kembali

Sempat juga berkunjung ke tempat yang di katakan
Hamam firaun atau hamam untuk perempuan2 di zaman waktu firaun?
Mungkin, tak ingat, haha
Yang penting org kata, air nya yang suam2 yg kaya dengan khasiat galian ini elok untuk kecantikan
Macam biasalah kan..

Beliau yang sedang dilamun cinta
Semoga cinta kalian membawa ke Syurga

Si dia sedang melaksanakan salah satu cara utuk mejaga kecantikan
dan dia ni juga tak lama lagi akan selamat menjejakkan kaki sekali lagi untuk belajar di Mesir
All the best kinah!

Ok, here we go gunung Sinai

Ye, kami tak sempat untuk berada dipuncak tepat pada waktunya akibat beberapa keuzuran
agak sedih

Ya! Sudah di puncak.
Ini lah tempat yang dikatakan sebagai tempat di mana Nabi Musa bertemu dengan Allah

Actually kami menggunakan unta untuk mendaki dan menuruni gunung *_* akibat beberapa keuzuran
Biasanya tenaga orang muda dan tua kan dah tak sama
Tapi semangat mereka sapa yang tahu bukan?
Tapi serious, menaiki unta memberikan pengalaman yang agak pahit yani
kaki melecet dan kebas, bagi yang mampu, mendaki mungkin lebih baik guna kaki
dan saat menuruni bukit, sampai setengah jalan, aku minta diturunkan dari unta, dan jalan kaki sendiri
Lek dan Kinah juga turut serta.
Jalan

Serious sangat-sangat cantik
Terasa juga,
Kuatnya Nabi Musa,
Ni gunung,bukan bukit
berjam-jam ambil masa untuk sampai puncak

Si jelita dan Si kacak
Perjalanan sudah tamat,nak naik lagi bole?
Seperti biasa, kalau tak datang ke piramid ni jawabnya seperti tidak datang ke Mesir. 

Aksi-aksi comel oleh parents

Mesti dengar pepatah yang tak pasti sapa perekanya
'Di Mesir ini ada dua jenis insan, yg pertama zalimnya seperti Firaun dan yg kedua bertaqwanya seperti Nabi Musa'
Seterusnya Kubu Salehuddin
Ini dia,
Kagum dengan Mesir,
Bandarnya di warnai dengan warnai dengan warna coklet yang berjenis2
SubhanaAllah
Masjid Ali Paşa ke?
Kembali tidak ingat yang penting ada kene mengena dengan Turki Uthmaniyah sbb tuh dari luar dan kubah2 nya seperti masjid Sultanahmet.
Menyesal sebernanya datang hari tu tak tulis dairi, datang mesir aritu pun rasa macam mimpi, tahu-tahu dah kene balik Turki, menyesal kerana tak betul-betul menghargai keberadaan diri di sana.
Next, Masjid Imam Syafie
Muhteşem!
Kuburnya
Kini kami di Alex
Satu perkara yang saya pelik di bandar ini,
'Mana hilang sampah-sampah di jalan-jalannya?'
mungkin ditiup angin laut?
Masuk melawat sekitar tempat tinggal Si Faruq
Ini lah kediaman saya!
Perkara biasa juga, wajib datang melawat perpustakaan Alex
Antara perpustakaan yang canggih
Sonra
Kubu
Dan akhirnya, smpai juga ke tujuan utama saya ke Mesir!
Tahniah along!
Dari kiri:
Abdulrahman (anak kepada kawan umi dan lek waktu di UK), Lek , Umi , Along


Moga Allah redha dengan jaulah kami yang lepas,
Lepas ni kene simpan-simpan lagi fulus,
Maka dengan itu benarlah seruan Ilahi,
Bermusafirlah!