Tuesday 13 November 2012

Çok güzel bir şehir!



Turkey
Çok güzel bir şehir!
kalimah yang sering menjadi manisan telinga.
Apabila kaki mule melangkah ke bumi ini
Mula tertanya di mana kalimah itu lari?

Ini sekadar pengalaman dan perasaan diri sebagai pelajar baharu di sini
Mungkin perasaan ini akan berubah untuk sesaat,seminit,sejam atau pun setahun yang akan datang
Ini sekadar perasaan awalan diri terhadap 'Çok güzel bir şehir' !

Pelancong Vs Pelajar
Tidak seindah yang di sangka tetapi sesukar yang di sangka.
Ha!

This is my suggestion to you
If you want to come here as a student
Better you ask opinions from Malaysian students in Turkey
After that
Please Istikharah
May He shows the best way

makanan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

makanan?
perkara yang selalu dirindui oleh pelajar-pelajar yang belajar di luar negara
even pelancong yang melancong ke Malaysia akan pasti memuji nasi lemak dan teh tarik kita.

tapi yang pasti itu bukan perkara begitu onemli dalam hidup ku
ye makan untuk terus hidup
tapi kalau tidak 'makan' mampu ke untuk terus 'hidup'?
teruskan 'makan' sehingga dipanggil 'pulang'.




12 kasım 2012

Semoga lebih menghargai dan dihargai
^_^


Friday 2 November 2012

ankara'da

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Khususan buat tatapan family dan sahabat
^_^

Alhamdulillah Allah izin
di kurniakan sahabat yang baik2 belaka di sini
walaupun kami tidak tinggal di tempat yang sama
ikatan akidah telah mengikat kami
cok syukur 
tahun ini dapat beraya beraya bersama2 rakan2 baru dan juga senior2 ramah

ini perjalanan pengembaran ku di Ankara sempena hari raya aidiladha yang lalu
kami dari serata Turki berkumpul di sini


 hari pertama sampai
menunggu pule kedatangan farah dari konya di stesen tren

 dondurma
before buying for each person
better you share it first
hehehehe

 Ankara'da

 anitkabir'da
perjalanan ke tempat peringatan mustafa kamal atartuk
setiap seni binanya mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat
aku tak paham 
mengapa si 'dia'
diangkat begitu tinggi dan mulia

 'mereka' telah 'tertipu'

 berbumbungkan emas?

 *_*

 kononnya 'si dia' di dalam

Turki..
aku menunggu akan kebangkitan mu kembali
dan aku ingin berada 'di situ' pada 'waktu itu'

 akan ku tunggu saat di mana segala
rahsia dan tembelang akan terbongkar
waktu itu biar satu dunia tahu siapa sebenarnya
hero dan siapa pengkhianat

 esok raya!
siap2 nak buat ayam merah
kami di sini raya sehari awal dari negara2 lain
reason nya masih belum betul2 dapat dipastikan

 the making of nasi tomato

iyi bayramlar!

 lepas solah raya
kami terus ke embassy
daftar+raya

 hidangan pertama yang dicicip
rasanya masih terkesan hingga kini
rindunya Malaysia!

 hajat ingin berjalan di sekitar luar rumah ambil angin
Allah izin boleh termelencong ambil teksi ke kizilay pule..


 jalan2 ke muzium
huhu
cok pahali
habis 15 lira
hahahaha

hoscakal Ankara!
continue my life in Istanbul

 inshaaAllah sekian shje untuk sekarang
doakan dekna ye umi lek
kalau nak gambar best2 nanti bagi tau ye..
kat sini cam kene bnyak tapis
dan kalau nak gambar cantik2
kene pos DSLR le kat sini..
hehehe..
^_^

Wednesday 31 October 2012

sebulan di sini

alhamdulillah kini genap sebulan diri di sini
maaf kerana lama menyepi
terutamanya pada umi dan lek

alhamdulillah
urusan di sini kian cool
walaupun bnyak perkara yg mampu menggugurkan air mata ini
tapi itu tak membuatkan diri untuk berputus asa
mungkin ramai yg akan bertanya
seronok ke belajar di sini
jadi
cuba lah dulu baru tahu
dalam kehidupan ini tiada yang mudah
kemanisan yg di rasa biasanya diiringi dengan kepahitan terlebih dahulu
jadi mohon lah pada Allah untuk peroleh hati yg tabah dan kuat
serta hati benar2 yakin dengan kekuasaannya

apapun tujuan kita di sini tidak lain dan bukan hanyalah kerana ingin medapat kerahmatan daripada Dia yang Maha Esa

di mana pun kita berada
pastikan kita adalah duta Islam
semoga kehidupan kita bisa boleh ditumpang

Tuesday 9 October 2012

perjalanan harian di sini

Assalamualaikum

InshaaAllah ini adalah perjalan hidupku di bumi ottoman
buat tatapan keluarga dan family
maaf sbb x dpt diselang seli dengan gambar di sebabkan beberapa kesulitan

29sept
pertama kali menjejakkan kali di bumi ini dan pertama kali keluar dari negara yg di rindui
hidangan pertama yg memasuki perut adalah çay dan çorba,sejenus tea yg ditanam di black sea dan juge sup. hari pertama ini saya terpisah dari tiga kwn yg dtg bersma dari Malaysia. Nasihah ke ankara, Farah ke konya, saya pule bermalam di rumah kak fatimah semalaman di bakırköy. serious! masih tidak percaya di istanbul! petang pertama dibwe sekitar laut dan juge makan pizza sebesar satu pingga nasi kita seorg! x larat2!
30sept
bertemu kawan kak timah dari indonesia, kak qoni. sgt2 ramah! bukan senang nk org asia indon n malay di bumi ini. selepa zuhur,saya dibwe jumpa dgn teman fb saya sebelum smpai di istanbul,nadiah hansiah. Saya pindah ke dormitory hanisah untuk 2 malam kerana campus marmara uni di sebelah istanbul asia,ditempat di mana nadiah tinggal. Tempat tinggal kak timah di sebelah istanbul eropah.
1okt
berjalan sekitar uskudar bersama2 kak2 maghribi.
mencube2 makan2 di sana.
antara yg sedap kebab ayamnye..
tpi lagi sedap kalau ada sos cili!
huhu.. dh nk dekat seminggu x makan sos cili nie!
kak2 dari maghribi pulang ke morocco petangnya.
2okt-4okt
saya terpaksa pindah kembali ke istanbul bhgian eropah sbb rupa2nya fakulti dentistry dibelah eropah..
haha..
saya ke fakulti dentistry bersama nadiah dan munanzah,kononya untuk mendaftar..
rupa2 kene pergi ke main campusnya iaitu di goztepal di anadolu(asia) istanbul..
mmg kene sabar bnyk2nya..
maka saya pun tumpang di dormitory sekitar şişli selama dua malam juge
di sini..
semue turkey dan dah tiada org yg boleh jadi translator saya..
maka duduk lah dalam kebosanan seorg diri selama 3hari. 

hanya yg saya tahu,curi2 keluar makan burger,sembang2 dengan org2 di malaysia dan belek2 kamus sorg2..
sgt2 sedih..
tiba2 petang 4sept fatma abla bwe saya pindah ke rumah bru sekitar itu juge..
maka tidur lah semlman di rumah baru..
5okt
pergi ke main campus marmara untuk daftar
dan katanya saya kene amik kelas persediaan tomer 1 tahun
ok lega sedikit
tiba2 fatma abla ajak tinggal rumah dia sbb senang sikit nak uruskan
dan hingga kini saya menumpang di rumah fatma abla..

ummi,lek dan family ni plot kehidupan kat sna secara ringkas sgt2 tau..
sbb  husna taip ni gune phone..
blom boleh gune wireless untuk laptop..
doakan semoge setiap langkah di sini dikira ibadah oleh nye..
p/s
siapa2 yg nk sihat boleh dtg sini inshaaAllah sbb depa bnyak makan vegetables dan masam
sapa yg x leh hidup tnpa sos cili dan kicap sila bwe ye sbb kat sini susah nk dpt
sila bwe penutup hidung bgi siapa yg ada asma dan masalah pernafasan sbb di sini asap rokoknya agak pekat..
Bwe dictionary turkey juge sbb depa x bnyk gune bahasa inggeris  lebih kurg mcm jepun lah..
dan inshaaAllah depa is the helpful community..
doakan sya ye!

Monday 8 October 2012

Saturday 29 September 2012

Pertama kalinya dalam hidupku!

Ini pertama kali berada di 'sebalik laut'...
Ya Allah..
Tiada yang mustahil sekiranya kau mengkehendaki sesuatu itu terjadi..
Maka jadikan lah aku antara insan2 yang kau rahmati hingga ke syurga...

Friday 31 August 2012

Mursi sokong pemberontak?

Cess..
Geram...
Sape pemberontak ha?
'Kau'kate rakyat syria pemberontak!
Come on lah, malu lah..
'Kau' kate org yg taat pd Allah itu pemberontak!
Abis tuh org yg ingkar dgn Allah 'kau' nak panggil apa?
Pengaman?

Saturday 11 August 2012

further mana?



the answer :  wait and see

kalau ada muka saya di situ , di situ lah Allah letakkan saya
dan
itulah yg terbaik

kalau wajah saya nun di sana , di sana lah Allah tempatkan saya
dan 
itulah yang terbaik

sorry, but I don't have a specific answer
what I can do now is gambatee!
then 
tawakalltu'alallah
------------------------------------------
do pray for me

Monday 6 August 2012

ahsanu vs aksaru

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

seronok dan cemburu melihat ramai insan berlumba2 memperbanyak amalan2 ibadah di bulan Ramadhan
mungkin diri tak mampu sehebat mereka

tiba2 terasa kosong

seolah-olah kita mula menggilai kuantiti tanpa mentawazun kan kualiti...

Alhamdulillah artikel ini sangat mempercerahkan apa yang diri ini rasa 
dan juga apa yang isi hati ini ingin sampaikan..

(Langit Ilahi)

Sunday 5 August 2012

tamak ilmu,kedekut amal

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tamak ilmu,kedekut amal
siapa?
anda,saya,dia,mereka?
Saya lah..
(susahkan nak mengaku salah *_*)

Siapa tidak mahu jadi alim bukan?
Siapa tidak mahu jadi mereka yang sarat dengan pelbagai ilmu bukan?

Seronok bukan kalau jadi org yang tahu tentang macam2 perkara....
Orang tanya satu soalan,seribu penjelasan dalam pelbagai bahasa bisa kita jelaskan...

Kalau ada program..
Semua kita nak ada muka kita...

Tetapi apabila berbicara mengenai amal...
mungkin satu langkah belum pasti tergerak...

Jom cuba menghadamkan ilmu yang ada dengan sambil2 cuba peroleh kan ilmu baru yang ada..
Kalau in-in sahaja boleh senak perut tuh..
Kalau out-out sahaja boleh gastrik perut pule..
Jom kita peroleh win-win situation 
dengan tawazunkan in and out nye..
In shaa Allah sihat kite dunia akhirat!
__________________________________________________________________________

Setiap hari ada sahaja Allah hantarkan sahibah2 untuk jadi penguat diri.
Syukran Nabilah sudi teman ana,
Semoge kita terus dan terus berteman di syurga kelak ^_^


Friday 3 August 2012

stok berhabuk



'banyak lagi stok kat dalam stor tuh,
tapi kita pergi juga cari stok yang baru,
why not kita gunakn dulu stok yang ada kat dalam stor tuh,
then sambil-sambil itu kita cuba dapatkan stok yang baru..
bukankah disitu ada penerusannya..
maka tak perlulah dibazirkan tenaga,wang dan masa..
maka tak perlu jugalah ada stok2 yang berhabuk'
----------------------------------------------
kadangkala kita leka hendak mengumpulkan ahli-ahli yang ramai
sehingga kita terlepas pandang untuk menggilap yang sudah sedia ada
supaya menjadi pelapis seterusnya
maka kumpullah kita ahli-ahli yang kurang kualitinya..
dan juga hilanglah pelapis seterusnya yang akan mewarisi kerja-kerja kita
yang kita kumpul hanyalah ahli-ahli yang sifar
dan yang melakukan kerja-kerja itu hingga ke tua hanyalah kita
tiada generasi seterusnya yang bakal menyambung
begitukah yang kita mahukan?
sampai bila kita akan kekal sihat dan muda?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
celoteh bersama sahabat pagi ini sedikit sebanyak mengubat hati ^_^
even free call, hope we are not wasting our time yah..
almost 1 hour (cam tak bese)
boleh jadi halaqah mobile nieh.. n_n
syukran tasnim!
jangan risau saya mungkin bukan bawa diri
tapi saya nak proses diri
mungkin udara baru akan memberikan nafas baru untuk 
saya memulakan peghijrahan yang lebih harmoni ^_^


Wednesday 1 August 2012

ikhlaskah?


A :ikhlas ke nie?
B :ye saya ikhlaslah..

nampak mudahkan...

tapi nak maintain ikhlas mugkin perlukan sedikit perngorbanan perasaan ^_^

sebelum bertindak mungkin agak mudah nak jinakkan niat
semasa bertindak pula mugkin mudah nak berjihad ikhlas
tapi
sesudah bertindak mungkin agak susah untuk perlihara keikhlasan

kenapa?

sesudah tindakan itu adalah satu tempoh yg amat-amat panjang,
tempoh ujian itu sehingga sakaratul maut bukan?

anda pernah mengungkit perkara-perkara yang berlaku 20years before?
(mugkin umur anda belum mencecah 20years old *_*)

itu di kira ikhlas atau tidak?

-----------------------------------------------------------------
tidak perlu untuk aku hebohkan aku lakukan itu dan ini,
cukup hanya Dia yang mengetahui,
terpulang kepada manusia bagai mana mereka mahu menilai,
yang aku tahu, nanti di 'sana' bukan 'kamu' yang menghakimi.









Monday 16 July 2012

'common interest'

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Apa yang selalu menyebabkan dua insan 
bisa
bersahabat
dan
bercinta?

Common interest

Tetapai bagaimana sekiranya common interest yg dikongsi
bersifat
rapuh
dan
sementara?

Sahabat bisa jadi musuh
Isteri bisa jadi janda
Suami bisa jadi duda

............................................................................................


'Common interest yang mengikat aku dan dia ialah Dia'



Monday 9 July 2012

-_-


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah,
diberi peluang unutk memiliki nikmat bernafas,
diberi kesempatan untuk menyediakan bekalan,
diberi ruang untuk bertaubat,
diberi waktu untuk meraih rahmatNya sebelum tiba masanya.

Tetapi,
benarkah kita benar-benar menghargai ruang waktu yang diberikan olehNya?


cukupkan cinta sekadar di kotak suara?




Saturday 7 July 2012

suddenly, KL is calling!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

KL :
Nasihah : Do you get the ********* ?
PERLIS :
Husna    : Ha? Not sure...
KL
Nasihah  : Try to check your email.. Mine is tomorrow...
PERLIS
Husna     : (Owh what I wanna to do ??)

Kelam-kabut dibuatnya, call sahibah sana sini untuk tolong check kan email, telefon ummi apa nak buat..
Jadinya mmg on the spot pi tempah tiket balik KL,
Alhamdulillah dengan batuan Kak Lang dan Ustz. Mahadzir yg uruskan pengangkutan..
maka kembalilah ke KL dengan tiba2..
Rasa bersalah dibuatnya dengan murabbi2 di MATRI,
rasa bnyk kerja yg tergendala..
banyak perancangan terpaksa dibatalkan...
terpaksa juga tinggalkan sahibah2 khassah kesayangan dalam keadaan yg mengejut..
kelas2 yg diganti terpaksa dibiar tidak berguru..
Maaf ye adik2..
kelas terakhir sebelum menuju KL..


Huh, 
tiba2 rsa sekiranya kematian hadirnya begini..
tapi hadirnya tanpa dibilang..
kalau kes macam ni, sempat lagi nak lari balik KL dari perlis..
sempat lagi siapkan keje2 mana yang tergendala..
sempat lagi bermaaf-maafan...
kalau malaikat maut datang..
lari tak sempat, langsaikan tanggungjawab yg tak tertunai tak sempat..
dan yang paling penting...
kemaafan juga tidak sempat dipinta..
rsa nak luruh jantung juga bila dapat panggilan tiba2 ni..

Alhamdulillah...
********* dah selesai.. tapi mmg tak rasa confident..
mcam2 perasaan yg diadun...
Syukran atas nasihat keluarga dan sahabat2 yg sedikit sebanyak mententeramkan jiwa...
'Tu lah, kalau hamba yg tak kuat hubungannya dengan Tuannya mcm2 yg dirisaukan,
apa yang hendak dirisaukan tentang masa hadapan yg belum pasti,
sedangkan sesaat yg kemudian pun belum kau tahu apa yg bakal terjadi, inikan pula tahunan di hadapan,
ikhtiar semampu, natijah biar Dia uruskan, apapun yg terjadi, Dia lebih mengetahui apa yg terbaik dan apa yang akan terjadi pada kehidupan mu'

'Semoge diri diberi kekuatan dan bisa redha dengan ketentuanNya dengan sebenar-benar redha'


Saturday 16 June 2012

tua muda..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

orang muda dan tua
dua generasi yang berbeza
mungkin terdapat konflik sesama generasi
di sebabkan perbezaan zaman 
namun sama2 tetap dari spesis yang sama bukan..
homo sapiens..
jadi mugkin tidak ada yang begitu payah..

namun begitu..
apabila taktik untuk menegur yang lebih tua mungkin agak kurang kreatif seperti cucu baginda hussin dan hassan..
jadi banyaklah konflik yang akan timbul sekiranya ingin menegur yang lebih tua..
kerap rasa stress dan mudah marah apabila message tidak sampai..
risau,
apabila niat awalnya baik tetapi apabila terlari caranya kerana mahukan perubahan yang cepat..
anak soleh mampu jadi anak derhaka..
sangat bahaya apabila saat2 merasakan diri lebih baik dan mulia dari ibubapa..
sehinggakan ahli syurga mampu bertukar menjadi ahli neraka kerana riak dan takabbur...
nauzubillah..
~maaf sgt2 ummi lek kalau itu saya~


mungkin
youth from mars, folk from venus?
jadinya makhluk dari planet yang berlainan,
pasti sangat berbeza bukan?

``````````````````````````````````````````````````````
homo sapiens tua dan muda...

masing2 ingin diri difahami..
tapi tak pernah ingin memahami..
jadi..
orang yang tidak memahami tidak akan difahami
boleh gitu?

masing2 ingin orang lain berubah,
tapi tidak pernah ingin berubah dahulu..
jadi..
perubahan akan diikuti dengan perubahan...

saat pertama menasihati orang,
saat yang kedua mahu dia berubah...
perubahan bukan macam telan air liur, setiap saat bisa ditelan..
kita usaha, tapi natijah di tangan Allah bukan..

tapi...
penatlah kalau dah asyik usaha,
tapi macam gitu je..
huhu,
memang penat..
tapi betul ke cara kita usaha tu?
kene recheck banyak2..

apapun..
first step,
 kembali kepada niat kita menegur seseorg  mahupun dia tua atau muda...
 dan
yang muda tetap akan menjadi tua sekiranya ajal belum menjemputnya...




"Apabila niat sudah terlari dari landasan..
maka syara' mungkin tergadai.."

~moga ALLAH ampuni dosa2 kita sblm ini~





Thursday 7 June 2012

penang>cameron


bandar pulau pinang.... 


kelihatan komtar dari dalam kereta...


tersempak pula dengan kereta idaman sahabat..
tucson, hyundai..
huhu, besarnya kereta anti nak..
moga manfaatnya untuk Islam sekali yek?
jadi kereta dakwah ni..


"tak de air terjun ke lek? "
air terjun lebih menyegarkan..


sekadar mengambil angin di sini sambil menikmati keindahan ciptaanNya,,,
tetapi keindahan itu sedikit dicemari dengan maksiat daripada tangan2 manusia sendiri..



selamat tinggal pulau pinang..
sepanjang perjalanan di sana..
kuil dan gereja lebih mudah ditemui berbanding masjid..
sama2 kita muhasabah..
siapa yg bersedia untuk melakukan perubahan di sana??


udara yang makin sejuk di rasai apabila semakin hampir tiba ke puncak...



sampai juga ke atas..
lama sudah tak kesini.. 


segarnya.. tetapi mungkin tak sesejuk dan sesegar dahulu..


selamat tinggal cameron..
semoga, perubahan demi perubahan yang di lakukan...
tidak membawa bala pada 'kita' kembali..

sepanjang kembara..
dilihat..
pelbagai perubahan yang cuba dilakukan oleh tangan2 manusia..
moga bukan kebinasaan yg di balasi..

wallahhua'lam..

Tuesday 29 May 2012

to north

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

4 bulan cuti??
WOW!
lama kan?
satu hadiah yang wajib dihargai...
bukan senang nak dapat cuti waktu foundation...
moga dapat manfaatkan sebaiknya...

Alhamdulillah...

perkara pertama yang dirancang awal2..
pastinya...
MATRI!
tidak di ketahui mengapa dan kenapa...
sekiranya ada cuti panjang ckit..
semestinya bumi wakafan itu di jadikan destinasi percutian...
DESTINASI PERCUTIAN YANG AMAT BERHARGA...

kenapa?

sebagai contoh, sekiranya seorang pejuang telah berjuang selama setahun di medan perang...
agak2 bila dia kembali ke pangkalan tentera pasti dia akan kumpulkan tenaga sebanyak2 nya kan?

macam itu juga saya..

__________________________________________________________

Jaulah ke Perlis

11-13/05/2012 - reunion di MATRI,perlis

- melihat kembali wajah2 sahabat2, terasa jiwa terisi..
- mutiara kata murabbi di tersemat rapi sebagai bekalan..
( mugkin dulu diri selalu mengeluh dan menyesal ke UPM, tetapi kini Dia telah menyikapi satu persatu hikmah disebalik penyusunannya.. )

~ hajat ingin kembali ke MATRI~

Jaulah ke Kedah

13-27/05/2012 - ziarah Mayamin

- banyak menghabiskan masa di SeRU, sangat mencabar untuk mendidik generasi kini..
bagi yang mungkin tidak tahan..
kelas pertama anda di sekolah rendah...
mugkin akan menyebabkan anda menitiskan air mata...
bukan senang hendak mendidik dan melahirkan generasi yang takut kepada Allah...

"ramai guru yang ada capabilities untuk mengajar...
tapi saya jamin...
sangat2 kurang guru yang mampu mendidik generasi untuk mengenal pencipta..."

syukran saya ucapkan pada sahabatku Nur Mayamin Uzir kerana sanggup menerima kehadiran ku selama 2 minggu di rumahnya... May Allah bless u and ur family..


sangat2 teruja


jadi anak soleh ye..


moga menjadi generasi pelapis yang mampu menggegarkan dunia...











Friday 18 May 2012

I'm wondering..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

melihat manusia banyak memberikan inspirasi dan pengajaran pada diri...
tujuan ku bercerita, bukan untuk membuka aib tidak pula mengumpatnya..
tidak ku beritahu siapa dia dan siapa gerangannya..
cuma ku tahu kehidupan itu roda..
kadangkala kita melakukan kesilapan yang sama atau bakal melakukan..
jadi nya di siapkan awal2 bagi diri untuk menanganinya..
jadi jangan kau berkata yg diri ini ingin perlekeh-lekehkan insan lain..
cuma yang ingin dilakukan adalah kita sama-sama ambil pengajaran daripada insan lain tanpa perlu tahu siapa dia dan juga rendah-rendahkannya...
kerana yang perlu dibenci itu sikapnya bukan dirinya....


sebernanya...
apa ingin disentuh di sini...
mugkin perkara yang dianggap biasa..
cume terkadang itu diri ini pelik dengan sikap sesetengah insan..

I.K.H.T.I.L.A.T
mugkin ramai tahu apa itu ikhtilah...
kalau tidak tahu.. 
ni masanya untuk tahu.. 
tapi tujuan ku bukan untuk becerita panjang apa itu ikhtilah.. 
kalau hendak tahu..
boleh lah search atau tanya siapa2 yg pakar...

ramai yang tahu, ramai yang sedar,ramai juga yang pandai berceloteh...
tapi mungkin bila dikatakan soal2 teori nieh, senang..
tapi hal2 pratikal..
mugkin ramai yang terlepas pandang...
mugkin ramai yang berjaya handle iktilat di dunia realiti..
tapi ramai juge yang terjatuh di alam maya...
mugkin dosanya dianggap khayalan juge...
waallahhua'lam...
bukannya apa..
pernah dilihat, suatu sikap dimana...
sikap sangat pemalu yang kadangkala difikirkan tidak bertempat dan juga konsep ikhtilah di luar yg sangat2 ketat sehinggakan susah untuk berurusan..
tetapi..
apabila tiba di alam maya..
diri merasa malunya dan ikhtilahnya agak longgar ...
kemudian mula terasa seperti, HAIT?
moga itu menjadi pedoman buat semua untuk tunduk dan patuh pada Allah pada setiap masa dan di mana jua, walaupun di dalam dunia realiti ataupun di alam maya...
hukum Allah itu berjalan di mana sahaja dan
ku yakin SEKSA ITU PASTI bukan HALUSINASI...



"cinta itu fitrah yang diciptakan olehNya..
dan setiap apa yang diciptakan olehNya juge pasti disediakan panduan..
jadi bukankah senang dan selamat sekiranya kita megikut landasannya..."

"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya.." [2:2]

~bukankah mudah mengikut sahaja peta yang telah disediakn oleh pencipta, daripada cuba2 mereka-reka laluan sendiri , kerana pencipta itu sendiri tahu apa yang baik dan buruk untuk hasil ciptaannya~