Thursday 26 April 2012

sabar?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

keputusan dan keputusan..
itu perkara biasa dalam kehidupan kita...
tapi macam mana kita nak betul-betul pastikan keputusan itu tepat...

mungkin situasi ini sering berlaku...
sekiranya...
anda berbelah bahagi untuk tunggu kawan anda atau tidak..
tetapi anda merasakan masa anda sangat berharga dan ada perkara lain yang anda perlu lakukan,
sedangkan kawan tersebut tidak pula meminta anda untuk tunggu..
tetapi disebabkan anda telah datang bersamanya jadi anda merasakan anda perlu pulang dengannya....
tetapi kawan anda tersebut boleh sahaja pulang menaiki kenderaan lain...
jadi macam mana?
mungkin anda perlu menunggunya selama 1 jam...
pelbagai solusi boleh dilakukan mungkin??

Monday 16 April 2012

Dia masih sayang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

9:30am 15hb April 2012

Tarikh yg mempunyai macam agenda2 di dalamnya...
Pelbagai perkara yg perlu dilangsaikan..
dan banyak perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan selepas kejadian tersebut...
Syukur Dia masih sayang...
Masih diberi peluang untuk memohon pengampunan dariNya..
teteapi tidak diketahui,
bila masanya diri untuk betul2 insaf..

Mungkin tidak perlu dijelaskan bagaimana kejadian itu yg berlaku..
cuma yg pasti berbekas pada badan tambahan pula dihati...
sekiranya difikir..
pelbagai assumption boleh dibuat...
itu dan ini...
tapi yg penting...
diri ini masih disini...
walau mungkin...
sendikit nikmat ditarik...
tapi bukankah itu semantara dan hanya pinjaman...

Sudah cukup untuk siapa2...
yg cuba untuk menyalahkan siapa2...
bagi kejadian ini...
cukup2lah untuk mencari2 kesalahan org lain....
apa yang penting...
bagi diri ini...
diri masih diberi  peluang....

Dia lah sebaik-baik penyusun dan sebaik-baik pelaksana...
Kerana Aku tahu...
setiap apa yg terjadi pasti ada hikmahnya...
dan
Dia tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2...


wallahhua'lam..

Sunday 8 April 2012

fesyen?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


dalam dunia kini...
pandangan manusia seringkali diutamakan berbanding pandangan Dia..
masing2 ingin kelihatan hebat dimata manusia...
masing2 ingin dilihat sempurna dan menarik....

bila diteliti kembali...
masing2 kadang-kala suka menggunakan nama Islam untuk mendapat perhatian masyarakat...
tetapi...
hanya menggunakan nama...
bukan melaksanakan syariatnya dengan sebenar-benarnya...
ambil apa yg dirasa sesuai dengan hawa nafsu dan tinggal apa yg dirasa tidak logik atau tidak selari dengan nafsu...
maka timbul2 lah istilah2 yg menggunakan nama Islam...
busana muslim, Islam itu dan Islam ini....

terdapat juga rancangan2 tv yg cuba memaparkan imej2 Islam...
tetapi..
apa yg hendak dikatakan...
itu bukan imej Islam yg sebenar...
hatta adik ku yg dirasa belum cukup umur pun membebel dan mengomel sorg2 mengenai rancangan tersebut...
sedangkan kanak2 kecil mampu membezakan mana Islam yg sebenar dengan Islam yg telah dicampur aduk inikan pula diri yg lebih dewasa....
malu lah diri dengan kanak2 yg berfikiran lebih matang seolah2 mereka lebih hidup lama dalam Islam berbanding dengan kita..

memang tidak dinafikan Allah itu cantik dan sukakan kecantikan...
tapi jangan salah guna hadis itu untuk suite kan dengan nafsu kita...
tambahan pula kaum hawa yg memang diciptakan untuk mudah tertarik dengan perkara2 yg indah....
tidak salah untuk berfesyen dan kelihatan cantik dan kemas....
tetapi...
check back our intention...
selarikah dengan syara'???

seringkali didengari dari mulut2 individu2 terkenal....
berfesyen dan berpakaian mesti berlandaskan syara'...
tetapi...
apa yg dilihat....
tidak mempamerkan apa yg dikatakan...

adakah itu dikatakan berlandaskan syara'
dan muslimah sejati
sekiranya:
pakaian yg dipakai:
ketat, jarang,tabarruj,berilhamkan agama lain 
tudung yg dipakai:
tidak menutup bahagian yg sepatutnya
suaranya:
sengaja dilunakkan pada yg bukan mahram
gerak gerinya:
sengaja digedik2 kan dikhalayak umum...
niatnya:
untuk yg lain daripada Allah S.W.T

walaupun pakaianmu,suaramu dan tingkahlakumu dijaga diluar...
seandainya niatnya tidak kena...
maka...
sendiri2 pandai menilai...
inikan pula sekiranya pakaian dan tingkahlaku tidak dijaga...
apatah lagi....

maka...
berfesyenlah mengikut syara'
bukan syara' beradun nafsu...

wallahhua'lam....


the chosen one

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah....
Antara 7 billion manusia..
Dia memilih kamu...
Antara mereka yg beragama Islam...
Dia memilih kamu untuk benar2 merasai nikmat Iman dan Islam...
Walaupun diri hidup beratus hatta beribu tahun...
andai tanpa nikmat Iman dan Islam dalam hidup...
HIDUP INI HANYA S.I.A.-.S.I.A.

Oleh itu, hidayah itu tidak datang begitu shj tnpa diri berusaha mendapatkannya...
mari kita contohi Sirah Nabi Ibrahim....