Wednesday 6 March 2013

Cam mana bole ke sini?


Alhamdulillah ثم Alhamdulillah,
Banyak sungguh sebernanya nikmat yang Allah kurniakan..
Tapi seringkali bende yg membahagiakan sahaja dianggap nikmat oleh kita..
Oh lekanya kita..

InshaaAllah,
Di sini saya akan cuba untuk meluahkan cerita dan pengalaman yang mungkin tidak seberapa matang disebabkan keberadaan saya di sini yang baru 5 bulan di sini

Perjalanannya bermula di sini..

Selesai sahaja SPM,
Macam pelajar-pelajar lain buat,
Cubalah apply segala biasiswa luar nergara yang ada,
Tpi dalam keadaan yang bermalas-malasan,
Mmg tak bersungguh.
Akhirnya Allah izin untuk saya belajar di universiti tempatan selama setahun.
Pada mulanya mmg rasa macam redha belajar di situ,
Tapi bila selidik2 hati kecil,
Masih tidak dapat terima kenyataan sebernanya.
Dalam proses menghabiskan asasi selama setahun,
Allah izin datanglah khabar tentang satu tawaran biasiswa ini,
Agak teruja,
Tapi itu lah saya waktu itu,
Selalu hendakkan sesuatu yang hebat,
Tetapi bermalas-malas,
Ujian demi ujian saya lalui dalam proses apply biasiswa tersebut.
Akhirnya Allah izin saya di sini,
Saya rasa keberadaan saya di sini tak layak untuk saya sebernanya
Tapi ia jauh lebih layak untuk ummi dan walid saya yang banyak mengusap saya dan mereka yang banyak berpenat letih untuk saya ke sini,
Kalau dilihatkan usaha,
Mmg seolah2 ummi dan walid yang akan ke sini,
Bukan saya..
Sia2 nya saya dahulu..
Alhamdulillah Allah beri kesedaran sebelum terlambat,
Tapi itu pun dipohon untuk dipinjamkan kekuatan untuk melalui hari2 di sini..


 Sekarang saya di sini!

Ne var ne yok ?
Hmm..
Dengar je perkataan ‘negarani’ mesti ramai yang terpesona dek kecantikan,sejarahnya dan pemimpinya.
Tak nafi!
Memang cantik,
Sejarahnya hebat,
Dan pemimpinya berkaliber..
Ini tiada masalah..
Kagum lah,
Tapi kembalilah pada Allah..

Kat mana2 pun kita belajar ada pro and con’s nya…
Ni sekadar pengalaman dan perkongsian yang tidak matang ye..
Banyak lagi yang belum saya lalui..
Jadi jangan terima bulat2..
Selidik lagi korek lagi dari sumber yang jauh lebih sohih..

Saya akan kongsi melalui apa yang saya rasa dan apa yang saya lihat dan tahu,
Situasi saya sekarang,
Masih belajar bahasa,
Tiggal di rumah bersama kawan2 berwarganegarakan ‘negarani’,
Tinggal di bandar metropolitan.
InshaaAllah, I’m trying to make myself happy to be here ^_^


1.      Language.Di sini bukan UK atau US that you can use your English everywhere dan bukan juga seperti Malaysia yang mana kebanyakan orang akan tahu berbahasa inggeris dan biasanya akan ada dwibahasa di mana2 surat bank atau universiti (tapi kalau kat tempat tourist yang boleh berbahasa Melayu pun ada,tp jangan lah terkejut sbb org kita ramai sgt yang melancong di sini). Urusan2 dengan kerani di universiti saya,bank yang saya pergi, sesetengah ofis kerajaan yang saya pergi biasanya senior yang akan tolong jadi translator untuk saya. Mereka sangat berjasa. Jadi untuk mengetahui bahasanya sangatlah dituntut. Apa pun bukanlah perkara yang senang nak belajar bahasanya, yg pasti tidak mustahil.

2.      Food. Sgt banyak makan sayur. Yogurt seperti budu. Sometimes for a week there is no meat. AllahhuAkbar.Mmg sgt healthy. Untuk yang rasa nak kulit cantik macam mereka bolelah datang sini. Mula2 memang nak menjerit, jadi mmg tak heranlahkan kalau banyak sangat gambar makanan Malaysia yang berenang di alam maya saya.
  
3.   Don’t surprise.Sekadar information, di sini Islamnya masih dalam proses untuk berkembang, kesan2 sekular itu masih ada, jadi jangan terkejut kalau nampak perempuan merokok walaupun yang bertudung dan arak itu merata2. Tapi ini mungkin selalunya anda akan nampak di bandar metropolitan sebab saya tinggal di bandar ini. Penguatkusaan di universiti yang pelajarnya di bolekan memakai tudung pun baru berkuatkuasa beberapa tahun yang lalu dan di kebanyakaan sekolah menegah dan rendah mereka masih lagi tidak di benarkan berhijab. Bersyukur kan kita. Jadi jangan lupa untuk doakan untuk saudara2 kita di sini juga ya!

4.      Helpful.Kebiasaanya org yang anda akan jumpa adalah org yang sangat helpful. Kadang2 tahap helpful mereka itu sgt luarbiasa bagi saya. Alhamdulillah!

5.      Malaysian students.Pelajar Malaysia di sini sangat tidak ramai. Melalui biasiswa ini saya baru batch yang ketiga. Setiap tahun biasanya mmg tak ramai yang dipanggil untuk ke sini. Tapi sahabat2 kita dari Indonesia MashaAllah ramai juga. Ketidakramaian itu mungkin kadangkala akan membuatkan anda sedikit bosan dan sedih -_-. Dan tatakala anda susah bukan selalu akan ada orang di sisi.Tapi Alhamdulillah walaupun senior perempuan di negeri ni yang saya kenal ada 2 orang saja. Mereka akan juga tolong waktu saya susah walaupun mereka agak jauh dari saya. Kebiasaannya, dalam satu department itu boleh jadi anda seorang sahaja Malaysian atau bole jadi juga di satu negeri itu anda seorang sahaja yang Malaysian!Tapi mungkin bukan masalah untuk orang yang peramah dan mmg sukakan ‘to be alone’. Her nasılsa, kita kan ada Allah! Chewaah!

6.      Dog.Anjing dia besar macam serigala,banyak dan macam mampu ‘kill someboday’ tapi jangan risau biasanya mereka telah di suntik dan sangat jinak. But still be careful yah!

Maaf gambar anjing belum berani ambil,kuncing comel2 pun banyak di sini.

7.      No shame. Satu bende lagi yang saya sangat respect adalah, mereka tidak banyak mengimport pekerja asing. Buruh,pengutip sampah,pegawal dan pekerjaan yang seangkatan dengannya, rata2 kalau kat negara kita dimenangi oleh orang asing di sini saya nampak adalah dari orang nya sendiri. Di mata mereka tak sedikit pun saya nampak malu. Mereka masih bole bergaul dan hidup seperti orang biasa. Mereka juga terima layanan yang sama macam mana orang lain terima. Itu apa yang saya perhati. Lebih dari itu  wa Allahua’lam.


8. Culture. Perkara ini agak rumit. Takut saya nak cerita di sini. Mungkin kena tanya direct kalau bagi yang nak tinggal dengan orang ‘negarani’. Yang pasti di rumah saya, mereka sangat pengemas, pembersih dan mereka kurang makan benda2 yang ber ‘spice’ macam kita. Yang penting belacan dan segala seangkatan dengannya jangan bagi mereka bau! Hehe…

9.      Transportation. Di negeri yang saya tinggal transportation nya sangat sistemetik!Sgt tabik! 

10.   System. Urusan bank, universiti , residence permit, registration telefon. Saya hanya mampu tersenyum sampai telinga dan memang saya tak akan lupakan kut. Kadangkala anda fikir urusan anda bole diselesaikan dalam sehari, tapi kadang2 ia memakan masa berminggu-minggu atau berlarutan berbulan2 selepas itu. Kadangkala, Si pihak A kata ‘x+w’ Si pihak B kata ‘w+y’ tapi yang sebernanya Si pihak C nak ‘A-B’ je pun.. Hehe.. ^_^ Alhamdulillah. Mmg banyak mengajar sabar kepada orang yang lembik macam saya.

Banyak benda yang saya kena senyum rupanya di sini.
Jangan dah hilang baru nak senyum.
Tak siuman pula dikatanya.
Maaf atas pengalaman yang masih tak masak.
Harap apa yang elok buat pedoman dan yang kurang dijadikan batu loncatan bukan batu halangan ye!
Harap memenuhi hajat2 sahabat2 di luar.
Kalau ada benda lain nak tnya boleh lah pm.

Last paragraph from me for today:
Tak kesah anda berada di mana .Jom jadi duta Islam! Yang belajar di luar negara, doesn’t means they are more clever or excellent enough. Belajar di inside or outside the country, dua2 ada kelebihan2 masing2. Yang penting bila sampai masa untuk gegarkan dunia kita bersatu dgn pengalaman2 yang bermacam-macam,kemahiran dan keupayaan yang berlainan untuk saling melengkapi. InshaaAllah! Jom together-gather!

Spring is coming!









6 comments:

  1. Alhamdulillah... una dah semakin kuat dan tabah..

    Ingat lg kan : when allah bring u to it, He'll bring u through it.

    Semoga dengan allah bg peluang untuk luaskan pemandangan, dpt diluaskan pemikiran dan keimanan.


    Sentsa akan terus doakan una... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah moga sentiase diberi pinjam kekuatan olehNya..
      InshaaAllah doa dan doa..

      Delete
  2. Salam kak Una ^_^
    bestnya belajar kat sana..
    Semoga berbahagia selalu di situ :)

    ReplyDelete
  3. una nnty ajar lagi bahasa turki..
    nnty bilabila teringin jugak nk jalan kt sana..one day who knows..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah tak de masalah.. doa lah.. inshaaAllah ade rezeki..

      Delete